BERADA dalam kelompok manusia yang begitu mengagungkan kecantikan luaran membuatkan sesetengah anggota masyarakat berdepan tekanan emosi.
Keyakinan diri terjejas sedikit demi sedikit, bukan hanya kerana pandangan orang, tetapi suara hati sendiri yang mula meragui nilai diri.
Begitu juga dengan situasi dialami wanita ini yang mengakui perkara berkenaan menjadi penyebab keyakinannya terjejas teruk sehingga membuatkan dia sukar mencari pasangan hidup.
Tiada wanita yang tidak sedih apabila kekurangan dirinya dijadikan bualan. -Gambar hiasan
"Kenapalah aku tak cantik. Muka berlubang sana sini… teruk gila. Dengan jerawat lagi. Kalau pakai make-up lagilah nampak tekstur tu.
"Ada satu masa kawan terpandang muka aku sebab aku full make-up. Dia terkejut muka aku nampak lagi teruk apabila full make-up.
"Apabila tak cantik ni, banyak benda terhalang. Nak kenal orang pun susah," tulisnya dalam hantaran di laman sosial.
Menurut wanita tersebut, kesedihan yang dirasai makin perit apabila sering dibandingkan dengan adik-beradik oleh ibu bapa sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun anak sabar dengan ibu bapa toksik! Cucu nazak tak ziarah, lepas meninggal jadi orang terpaling sedih
ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin muda nak lari dari famili bermasalah, suami pula curang! Wanita akur balik semula ke rumah mak ayah toksik
"Ayah saya pernah cakap, sampai sekarang saya ingat. Waktu tu saya berumur 17 tahun. Adik masuk bilik sampaikan apa yang cakap kepada saya.
"Masa tu adik tanya ayah, dia nak buat apa dengan kertas pasir? Ayah cakap... nak tonyoh muka kakak. Masa tu saya tak tahu nak describe, memang sakit.
"Mama pun pernah cakap, saya dengar mereka sembang dalam bilik. Jaga muka dik, nanti muka macam kakak... macam kulit nangka. Saya sumpah tak tahu macam mana boleh hadam benda ni semua," tulisnya lagi.
Keluarga semua mulut macam puaka. Semoga awak boleh keluar dari rumah tu satu hari nanti.
NETIZEN
Walaupun sudah menginjak dewasa dan mempunyai wang sendiri untuk memulihkan kulit wajah, dia mengakui apa yang dilaluinya benar-benar meninggalkan kesan mendalam pada dirinya.
"Saya jadi low self esteem, insecure, cepat marah. Apabila dah ada duit sikit sekarang, saya start beli make-up, skincare dan semua.
"Tapi semua kata-kata tu, sangat menyakitkan. Saya tak nak kahwin. Saya takut husband cari lain dan sedar hodohnya wajah saya," luahnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dengan nasib wanita tersebut yang disifatkan mempunyai keluarga toksik.
Antara komen yang dilontarkan netizen.
Selain tampil memberikan kata semangat, tidak kurang juga ada yang berkongsi kaedah rawatan wajah untuk cuba membantu masalah kulitnya.
"Lelaki yang tepat akan datang, memberi sokongan dan akan bersabar menanti saat kamu tampil cantik.
"Keluarga semua mulut macam puaka. Semoga awak boleh keluar dari rumah tu satu hari nanti.
"Datang sini akak bekamkan muka awak, buang segala darah kotor tu. Insya-Allah dgn izin-Nya hilang semua jerawat tu. Lepas tu awak boleh ke dermatologi," komen netizen.