SUAMI kepada penyanyi Inul Daratista iaitu Adam Suseno kini masih menerima rawatan di hospital selepas menjalani pembedahan akibat kecederan teruk di bahagian kaki.
Mengharapkan Adam kembali sihat dengan segera, Inul sempat berseloroh memberitahu suaminya itu terkena penyakit ain.
Lebih melucukan lagi, katanya ia disebabkan oleh misai Adam yang sering kali menjadi perhatian ramai.
Inul setia menemani suami di hospital.
"Rasanya kami terkena penyakit ain, sebab gambar dan misai awak selalu nampak di mana-mana. Rambut awak juga tidak terurus, tetapi aku hairan kumis awak sentiasa kukuh.
"Misai awak tak gugur, tidak beruban. Isteri pun hairan, apa lagi orang lain," katanya.
Inul menulis luahan tersebut di Instagram miliknya pada Selesa.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Si kumis’ warning cari wanita lain, Inul Daratista tak jadi buat pembedahan plastik
ARTIKEL BERKAITAN: Jaga rambut, Inul Daratista lebih selesa pakai ‘wig’
Dia juga kelihatan setia menemani suami yang hanya terbaring di katil hospital sejak Sabtu lalu.
Dalam masa sama Inul juga mengaku dirinya belum bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan yang lebih serius termasuk kehilangan suami tercinta.
"Saya belum sedia jika berlaku apa-apa. Saya akan tetap rawat awak sampai sembuh," ujarnya.
Adam sebelum ini terpaksa dikejarkan ke hospital kerana kecederaan kaki akibat terpijak batu tajam ketika membersihkan kolam ikan di rumah mereka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube