PELAKON asal Indonesia Rifky Balweel menangis apabila isterinya, Biby Alraen meminta izin untuk tidak lagi mengenakan hijab.
Bagaimanapun Biby, berkata, suaminya itu faham dengan keadaan yang sedang dilalui dan hanya mengingatkan untuk tidak tinggal kewajipan solat fardu lima waktu.
"Dia menangis saat saya minta izin untuk tidak mahu lagi bertudung.
Rifky minta Biby jaga solat lima waktu.
"Kami sentiasa beri sokongan antara satu sama lain, jadi untuk permintaan ini Rifky tak boleh berkeras hati kerana kalau bukan dia jaga perasaan saya siapa lagi?
"Tapi dia faham keadaan saya dan mengingatkan saya untuk jangan pernah tinggal solat lima waktu," katanya.
Dalam pada itu, Biby enggan mengulas banyak mengenai keputusan dia menanggalkan tudung dan meminta orang ramai mendoakannya kembali mendapat hidayah.
"Tiada ada nak dikatakan, doakan saja yang baik-baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi tolak diminta tanggal tudung, rezeki dapat tawaran lebih besar
ARTIKEL BERKAITAN: Sihir punca tanggal tudung dan berkemban, Nonny Nadirah masih berpegang ajaran Islam
"Semoga suatu hari nanti saya dapat hidayah dan jadi manusia lebih baik pada masa hadapan," jelasnya
Untuk rekod, Rifky mendirikan rumah tangga dengan Biby pada Januari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Kazeem Zhafi Balweel, 5 tahun.
Sebelum itu, Rifky pernah berkahwin dengan pelakon Risty Tagor pada Oktober 2010 sebelum bercerai empat tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang anak Arsen Raffa Balweel yang kini berusia 14 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube