suria

Orlando Bloom curang di Miami punca berpisah dengan Katy Perry

Katy dan Orlando akhirnya mengaku berpisah.

PELAKON Orlando Bloom dilaporkan curang terhadap penyanyi Katy Perry sebelum mengumumkan perpisahan mereka baru-baru ini.

Memetik laporan Page Six, rakan terdekat pasangan itu mendedahkan Orlando bermesra dengan seorang wanita ketika dia berada di Miami, Amerika Syarikat sekitar April dan Mei lalu. 

Lebih parah apabila Orlando juga tanpa ragu mengaku dirinya sebagai bujang pada ketika itu.

Katy dan Orlando masih kekalkan hubungan baik.

"Orlando bersama seorang wanita di Miami, dia secara terang-terangan keluar dan bersosial.

"Dia juga menggoda wanita lain secara terang-terangan," katanya.

Selepas pelbagai khabar angin mengenai Orlando tersebar, pasangan itu akhirnya mengakui sudah berpisah.

Pun begitu, mereka masih mengekalkan hubungan secara baik dan ingin memberi fokus kepada penjagaan anak bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sembilan tahun berakhir, Katy Perry dan Orlando Bloom berpisah secara baik

ARTIKEL BERKAITAN: Orlando Bloom didakwa curi-curi pandang Kim Kardashian beberapa bulan sebelum berpisah dengan Katy Perry

Untuk rekod, Katy dan Orlando mula bercinta pada 2016 dan bertunang tiga tahun selepas itu. 

Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata iaitu Daisy Dove, 4, yang kini di bawah jagaan Katy. 

Sebelum itu, Katy pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Russell Brand pada 2010 dan berpisah selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

OSZAR »