suria

Tak pernah ‘declare’ bercinta, Minah (Girls Day) dan On Joo Wan umum kahwin November depan

Minah dan Joo Wan rupanya sudah lama jalinkan hubungan cinta.

TIADA angin tiada rebut, ahli kumpulan Girls Day, Bang Minah bakal berkahwin dengan pelakon On Joo Wan pada November depan.

Ini kerana Minah, 32, dan Joo Wan, 42, tidak pernah mendedahkan hubungan sebenar mereka kepada umum.

Minah dan Joo Wan tak pernah dedah hubungan sebenar pada khalayak.

Berita gembira itu disahkan sendiri agensi Minah iaitu SM C&C menerusi satu kenyataan rasmi.

"Kami ucapkan tahniah buat Minah dan Joo Wan yang akan memulakan permulaan baharu dalam hidup mereka," katanya.

Dalam pada itu, agensi Joo Wan, Haewadal Entertainment turut memberikan ucapan tahniah kepada kedua-dua bakal pengantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Minah (Girls Day) Ajar Bahasa Korea Menerusi Sitkom

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Bimbang Girls Day Berpecah

"Joo Wan dan Minah sudah lama menjalin hubungan serius, mereka berjanji untuk menghabiskan masa bersama selama-lamanya.

"Majlis perkahwinan mereka dijadualkan pada November ini." ujarnya.

Majlis perkahwinan pasangan itu akan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

OSZAR »