suria

Bersiar-siar di taman negara, 2 wanita maut diserang gajah

Dua wanita maut diserang gajah di Zambia.

DUA wanita maut selepas mereka diserang seekor gajah ketika sedang bersiar-siar di sebuah taman negara di Zambia. 

Pesuruhjaya Polis Wilayah Timur, Robertson Mweemba berkata, mangsa diserang oleh seekor gajah betina yang sedang berjalan dengan anaknya.

Pada kebiasaan, gajah betina boleh menjadi sangat agresif ketika berada dekat dengan anaknya. 

Menurut polis, pemandu safari yang mengiringi pelancong itu cuba menghalang serangan dengan melepaskan tembakan ke arah gajah.

Namun, usaha tersebut gagal menghentikan serangan dan kedua-dua wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer tersilap langkah, nyaris diserang gajah naik minyak ketika buat ‘content’ di taman negara

Mangsa merupakan seorang pesara dari Britain manakala rakannya adalah warga New Zealand.  

Gajah itu turut cedera akibat terkena tembakan.

Untuk rekod, dua pelancong dari Amerika Syarikat turut maut dalam dua kejadian berasingan melibatkan serangan gajah di lokasi berbeza di Zambia pada 2024.

Awal tahun ini, seorang pelancong turut terkorban dalam satu insiden melibatkan serangan gajah di sebuah pusat jagaan di Thailand.

Artikel Lain

OSZAR »