suria

Dedah masalah rumah tangga, Dr Muhaya simpati isteri ‘luka batin’ guna media sosial cari perhatian

PAKAR motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad menasihati wanita supaya tidak menggunakan media sosial sebagai platform untuk meluahkan masalah rumah tangga.

Menurut Dr Muhaya,67, tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh mengaibkan pasangan serta menganggu emosi anak-anak.

Ujarnya, setiap permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga sebaiknya diselesaikan tanpa pengetahuan umum.

“Kalau boleh jangan kongsikan emosi di media sosial tapi kalau terlepas juga tak apa, jelaskan yang berlaku sebelum ini disebabkan emosi saja dan belajar sesuatu.

“Tindakan melibatkan emosi akan merugikan keluarga dan semua orang, definitely no sebab maruah rumah tangga… kalau ada masalah jangan kongsi dekat orang sebab orang tak boleh selesaikan.

“Bila kita suarakan perkara tak baik jadi orang akan fokus, kalau seribu orang tonton, jadi akan ada seribu masalah,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Dr Muhaya muncul dalam sebuah filem Keajaiban Air Mata Wanita sebagai penampilan khas yang akan mengupas konflik membabitkan golongan wanita.

Filem Keajaiban Air Mata Wanita ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 19 Jun lalu. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi
OSZAR »