HAMPIR memasuki usia 40 tahun, pelakon Andy Teh masih belum terdesak untuk mencari pasangan hidup sebaliknya tenang berserah ketentuan takdir.
Andy atau nama sebenarnya Andy Teh Kim Huat, 40, berkata dia mahu memberikan fokus terhadap karier terlebih dahulu memandangkan namanya kini mula dikenali dan sedang melonjak naik.
“Saya masih solo, tetapi jujurnya sekarang ini saya belum dalam fasa mencari sebab tiba-tiba karier (lakonan) saya meningkat.
“Jadi, saya mahu berikan yang terbaik untuk kerjaya saya dan nak tengok berapa jauh saya boleh pergi. Setakat ini, karier adalah nombor satu. Tapi, kalau jodoh sampai, saya tidak boleh tolak,” katanya kepada mStar.
Tambah Andy, dia juga tidak mementingkan status wanita tersebut, sebaliknya hanya mahu mencari calon isteri yang penyayang.
“Ada orang pernah tanya, kalau ada jodoh, saya mahu artis atau orang biasa? Saya jawab tidak kisah. Asalkan dia manusia dan menyayangi saya,” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI