suria

Pemuda Pakistan lakukan liwat bersiri… 4 lelaki dakwa jadi mangsa, paling muda umur 9 tahun

Polis sedang memburu suspek yang dipercayai warga Pakistan berusia 25 tahun.

SEKURANG-kurangnya empat kanak-kanak lelaki didakwa telah diliwat oleh seorang lelaki warga Pakistan di Seksyen 27 dan 28, Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, sejak April lalu, empat laporan polis dibuat berhubung kegiatan liwat bersiri itu.

“Kami percaya jenayah ini dilakukan oleh seorang lelaki warga Pakistan berusia 25 tahun.

“Suspek akan berpura-pura meminta bantuan daripada mangsa sebelum membawa mereka ke kawasan terpencil untuk meliwat atau mencabul mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Imam masjid didakwa liwat 13 remaja, buat pengakuan mengejutkan ketika disoal siasat

“Mangsa-mangsanya terdiri daripada kanak-kanak lelaki berusia sembilan, 13, 14 dan 19 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Empat kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan, tambahnya.

“Kami sedang mengesan suspek," ujarnya.

Polis turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Mahanira Mahat di talian 017-6444895.

Artikel Lain

OSZAR »