BELAJAR memandu sepatutnya menjadi pengalaman yang menyeronokkan, meskipun penuh dengan debaran.
Namun lain pula kisah seorang remaja perempuan ini apabila dia mengalami trauma sehingga hilang keyakinan diri.
Berkongsi pengalaman pahit di media sosial, dia yang pertama kali 'memegang stereng' turut meluahkan rasa terkejut apabila dipaksa mengambil lesen kereta manual.
Kelas memandu penting bagi membolehkan pemandu baharu mengendalikan kenderaan. -Gambar hiasan
"Saya ni pertama kali pegang stereng kereta, tolonglah ajar elok-elok, kena paksa pandu kereta manual pula tu.
"Ingatkan cikgu perempuan akan faham saya, tapi akhirnya saya dicaci maki dan dipanggil babi, bodoh pula," luahnya kecewa.
Menurut gadis berusia 17 tahun ini juga, jurulatih yang sepatutnya memberi bimbingan tentang cara pengendalian kenderaan didakwa hanya duduk di kerusi penumpang sambil melayari aplikasi media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dah boleh memandu selepas BF ajar seminggu dari tengah hari sampai malam... rupa-rupanya 2-in-1, sempat juga ‘baca’ perangai si dia!
ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba ada kereta datang, wanita baru belajar memandu depan rumah panik... Terus matikan enjin, tinggal kereta parking senget
Bukan itu sahaja, dakwanya lagi dia diminta untuk merujuk sendiri nota pemanduan yang disediakan pihak penganjur kursus.
"Cikgu hanya duduk di sebelah, buka TikTok live kuat-kuat tapi tak mengajar saya langsung.
"Dia suruh saya rujuk nota sahaja. Patutlah masa awal KPP02 (kurikulum pendidikan pemandu) dia cakap yang dia garang.
"Tapi masa tu saya tak jangka garang sampai macam ni (maki hamun)," tambahnya lagi.
Buat aduan je, cikgu apa memaki hamun dan sumpah seranah macam tu.
WARGA MAYA
Menurut remaja ini lagi, terdapat pelajar yang membatalkan sesi bersama jurulatih berkenaan sehingga jadualnya dianjakkan bagi latihan siri kedua.
Apa yang mengejutkan adalah, jawapan jurulatihnya ketika diaju mengenai perubahan jadual.
"Saya tanyalah kenapa kelas saya dianjakkan, dia cakap entahlah, p*****k tu dah mati ke apa.
"Saya terkedu sebab sampai hati dia panggil anak murid dia dengan nama macam tu. Orang tu bayar kot... mungkin dia ada masalah tak boleh sertai kelas," ujarnya.
Antara reaksi warga maya di hantarannya.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Selain berkongsi pengalaman sama, ada yang meluahkan rasa kesal kerana sikap jurulatih yang disifatkan biadab.
"Aku tak faham kenapa cikgu memandu ni melebih-lebih garang. Sudahlah bayar mahal-mahal, kalau gagal pun bayar juga untuk ulang ujian.
"Buat aduan je, akak dulu Alhamdulillah walaupun anggota JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) tu misai tebal macam askar pencen, tapi dia tegur lembut je.
"Cikgu apa memaki hamun, sumpah seranah macam tu," demikian reaksi warga maya.