KOMPOSER Indonesia, Ade Govinda terharu dengan pengorbanan isterinya iaitu Indi Arisa yang sanggup bertarung nyawa demi melahirkan anak sulung mereka.
Menyaksikan proses bersalin dari awal hingga akhir, Ade, 41, juga mengagumi kekuatan seorang ibu mampu menahan kesakitan dalam tempoh yang lama.
“Saya berpeluang menyaksikan secara langsung semua proses kelahiran dari A hingga Z sepanjang hampir 24 jam isteri saya melawan sakit.
Ade dan isteri berkahwin pada Ogos tahun lalu.
“Betapa hebat dan kuatnya sosok seorang ibu,” katanya.
Ade berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Bercerita lanjut, Ade merasakan dirinya bertuah dilahirkan sebagai lelaki kerana tidak perlu mengharungi rasa sakit apabila bersalin.
Malah Ade mendoakan agar seluruh ibu di dunia dimuliakan Tuhan.
ARTIKEL BERKAITAN: Komposer Indonesia puji Bella Astillah wanita hebat, berjaya dalami lirik ‘Lebih Indah Berpisah’
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Masing-Masing’ disebut menang AIM24, kategori baharu suntik semangat Ernie Zakri berkarya
“Rasa beruntung bila dilahirkan sebagai seorang lelaki yang tidak merasakan sakit yang luar biasa.
“Ya Allah, muliakanlah semua ibu di dunia ini,” ujarnya.
Pada Khamis, Ade dan Indi dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Karel.
Untuk rekod, kedua-dua mereka berkahwin pada 3 Ogos tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube