suria

Hafiz Suip beri bayangan konsert sulung, kali ini netizen tak kisah harga tiket mahal… “Ambillah duit saya!”

Peminat tidak sabar menantikan pengumuman rasmi daripada Hafiz tentang konsertnya.

SELEPAS selesai jalani pembedahan akibat menghidap batu karang di bahagian buah pinggang, penyanyi Hafiz Suip seakan-akan memberi bayangan bakal mengadakan konsert solo tidak lama lagi.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut apabila Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, dilihat sedang menjalani sesi fotografi bersama penyanyi dan juga penganjur konsert Sufi Rashid.

Hafiz juga menerusi kapsyen memohon doa orang ramai agar urusan yang dirancang dipermudahkan. 

Hafiz beri bayangan akan tampil dengan konsert solo selepas ini.

“Semoga dipermudahkan urusan kami,” katanya.

Biarpun isu tiket mahal bagi persembahan beberapa artis tempatan hangat diperkatakan netizen, namun berbeza pula pendirian mereka sekiranya Hafiz bakal mengadakan konsert. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sabar menantikan pengumuman rasmi penyanyi Terus Bersinar itu selain sanggup berhabis kerana berasa wajar penyanyi itu meletakkan harga tinggi berdasarkan bakat dan kualiti dimiliki. 

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa mula daripada ‘kosong’, Hafiz Suip buka akaun IG baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip derita batu karang dalam buah pinggang

“Konsert Hafiz! Tak sabar dan harap segala urusan dipermudahkan… Peminat dari Indonesia pun dah tak sabar.

“Ambillah duit saya! Saya dah tunggu lama nak tengok konsert solo Hafiz.

“Kalau Hafiz buat konsert dan harga tiket mahal tidak mengapa, sebab ia berbaloi. Lama sangat dah menantikan saat ini,” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

OSZAR »