suria

‘Tak Adil’ luahan kecewa Aisha Retno dalam percintaan - "Baru lalui fasa patah hati yang teruk”

Aisha anggap tak adil tanggung kecewa bersendirian.

RASA kecewa yang dilalui menjadi pencetus idea kepada lagu terbaharu Aisha Retno berjudul Tak Adil.

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25 berkata, lagu tersebut dihasilkan berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri yang mengalami rasa ketidakadilan dalam percintaan dan pekerjaan.

"Untuk lagu ini, saya sampaikan kisah cinta dan ketidakadilan yang saya sendiri pernah lalui. Sepanjang lima tahun ini, macam-macam saya tempuh dalam industri hiburan. 

Aisha rasa tak adil dengan beberapa kejadian menimpa dirinya.

"Saya luahkan dengan jujur, ada kejadian yang pernah berlaku kepada saya sebelum ini, ia memang tak adil.

"Saya juga baru melalui fasa patah hati yang agak teruk, jadi satukan semua rasa amarah dan kesedihan dalam lagu ini. Memang tak adil jika satu pihak saja yang rasa sakit sedangkan pihak lagi satu tak rasa apa-apa,” katanya.

Menurut Aisha, ketika menulis lagu itu dia juga berada di fasa kekecewaan yang teruk sehingga perasaan sedih dan marah bercampur baur.

ARTIKEL BERKAITAN: Putus selepas beberapa bulan kenal, Aisha Retno dah serik nak bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terpesona kelunakan suara ibu Aisha Retno, rupanya penyanyi seangkatan Hetty Koes Endang

Katanya, lagu yang dihasilkannya itu hanya mengambil masa tiga jam untuk disiapkan sebelum digubah bersama adiknya, Radi.

“Kemudian, ketika masih sedang patah hati, adik saya ajak masuk studio di rumah kami. Radi minta saya untuk tulis lagu bergenre pop rock sebab saya rasa, dia nampak ekspresi saya yang tengah sedih dan marah ketika itu.  

"Syukur Alhamdulillah, penulisan lagu memang sekejap saja mungkin sebab sedang beremosi dan mendalami liriknya. Kemudian untuk proses produksi, barulah ia mengambil masa beberapa minggu,” katanya lagi.

Ekspresi saya yang tengah sedih dan marah ketika itu.

AISHA RETNO

PENYANYI

Berkongsi mengenai pemilihan genre pop rock, Aisha memberitahu dia sedang bereksperimen dengan pelbagai jenis lagu.

Lebih mengujakan apabila Tak Adil merupakan lagu pertama dalam album yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

"Saya mahu memperlihatkan kebolehan saya membawa genre sebegini, lagipun ramai rakyat Malaysia menyukai lagu-lagu pop rock. 

"Syukur Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan sambutan awal yang diterima daripada peminat setakat ini,” luahnya.

Aisha luahkan segala perasaan marah dalam Tak Adil.

Dalam pada itu, penyanyi berdarah kacukan Malaysia Indonesia ini juga dengan merendah diri tidak mengharapkan lagunya memenangi pertandingan atau anugerah besar.

Dia sebaliknya berharap lagu ini dapat diterima para pendengar terlebih dahulu sebelum berfikir lebih jauh lagi.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki dan jika tiada halangan, barulah boleh difikirkan langkah seterusnya. Impian itu semestinya ada, tetapi saya serahkan saja kepada Tuhan,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

OSZAR »