suria

Cubaan rogol isteri jiran gagal... Mangsa tolak tawaran wang, kereta

Hukuman berat menanti pesalah jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditangkap polis selepas cuba merogol isteri jirannya pada Selasa.

Penahanan suspek yang dikenali sebagai SHB itu dibuat selepas mangsa dan suaminya membuat laporan polis.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kecamatan Bonai Darussalam, Rokan Hulu, Riau di Indonesia.

Ketua Polis Rokan Hulu, Emil Eka Putra memaklumkan insiden berlaku pada Jumaat lalu sekitar pukul 2 pagi ketika suami mangsa tiada di rumah.

"SHB yang tinggal bersebelahan menyelinap masuk dan kemudian mengejutkan mangsa yang sedang tidur.

"Dia cuba memujuk mangsa untuk melarikan diri ke Padang dengan menjanjikan wang dan kereta, namun mangsa menolak," katanya.

Emil berkata, disebabkan mangsa menolak, SHB cuba merogol tetapi mangsa melawan.

"Akibat tidak tahan SHB terpancut (air mani) dan mengenai cadar tempat tidur mangsa. 

"Dia kemudian meninggalkan rumah mangsa, tetapi sempat kembali mengajak mangsa kahwin lari sebelum sekali lagi ditolak," katanya.

Emil berkata mangsa yang takut menceritakan kejadian itu kepada suaminya dan mereka segera membuat laporan polis.

"Polis segera bertindak dan berjaya menahan SHB pada Selasa pukul 4 petang.

"Dia didakwa di bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan dan Seksyen 53 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 12 tahun," katanya. -Agensi

Artikel Lain

OSZAR »