SEORANG wanita meluahkan rasa terbeban dan hilang privasi apabila terpaksa beralah setiap kali ibu mentuanya datang bermalam di rumah.
Menerusi perkongsian di Thread, wanita itu berkata rumahnya hanya mempunyai dua bilik tidur iaitu untuk anak-anak serta sebuah lagi untuk dia dan suami.
Namun, setiap kali ibu mentua datang, suaminya tanpa berbincang akan menyerahkan bilik utama untuk ibunya, menyebabkan dia pula perlu tidur di ruang tamu atau berkongsi bilik dengan anak-anak.
Setiap pasangan perlu berbincang ada perkara tidak puas hati. -Gambar hiasan
“Aku faham kalau sekali-sekala mak mentua nak guna bilik kami. Tapi bila setiap kali datang, aku yang kena beralah.
"Lama-lama aku rasa penat dan tak selesa. Bila bersuara, suami tuduh aku tak hormat mak dia,” luah wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Adik syak abang layan mentua dengan teruk, punca kakak ipar tak hormat ibu
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masak, tak ada orang makan!” - Wanita sedih dipulaukan keluarga suami... Ibu mentua, kakak ipar rancak mengumpat di pagi raya
Situasi tersebut menyebabkan hubungan mereka tegang gara-gara suami menganggap dirinya tidak mampu bertolak ansur dan kurang rasa hormat terhadap mentua.
“Dia kata mak dia bukannya selalu datang. Tapi aku pun perlukan ruang sendiri, bilik tidur bukan sekadar tempat tidur, tapi tempat tenangkan fikiran," katanya.
Bilik tu privasi suami isteri.
NETIZEN
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netiezen terutama golongan wanita yang membangkitkan tentang hak serta privasi dalam rumah tangga.
Ada juga menyarankan agar suami isteri berbincang, sementara ada yang mencadangkan penyelesaian seperti memberikan bilik anak-anak untuk kegunaan tetamu bukannya bilik kelamin.
Reaksi netizen.
"Kalau saya akan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu, biar mentua tidur dalam bilik anak. Kalau bilik saya maaf setakat tumpang solat OK lagi.
"Bilik tu privasi suami isteri. Dari kecil dah diajar nak masuk bilik mak ayah pun kena ketuk pintu dulu.
"Kalau selalu datang, saya rasa boleh buat bilik khas kepada mentua atau belikan katil yang selesa," antara cadangan warga maya.