KEBANYAKAN pasar raya atau pasar masa kini akan menyediakan sudut khas untuk meletakkan ikan, makanan laut mahupun sayur lama yang kurang segar.
Harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah dan kebiasaannya dijual secara 'longgok' atau dalam piring, bukan mengikut berat.
Pengasingan seperti ini membuatkan sesiapa yang membelinya sering dipandang sinis seolah-olah 'mencerminkan' sisi kewangan mereka yang rendah.
Orang ramai mengambil peluang membeli ikan murah yang segar di pelantar. -Gambar hiasan
Berdepan situasi sama, seorang wanita meluahkan rasa terkejut apabila tiba-tiba disapa seorang pelanggan lain ketika mengambil ikan longgok di sebuah pasar raya.
"Gara-gara membeli ikan longgok dalam piring, aku ditegur selepas meletakkan semula ikan segar dari plastik ke tempat asal.
"Wanita tu tanya kenapa (aku) letak balik ikan," ujarnya menerusi hantaran di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Penjual ikan dikhianati selepas bantu rakan buka bisnes! Ruang niaga dibolot, hidup tak aman diganggu orang upahan
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bengang pembeli melebih-lebih minta diskaun, tak fikir orang cari rezeki - “Duit tak ada tapi selera tinggi!”
Pertanyaan tersebut membuatkan dia berasa hairan dengan tingkah laku pelanggan berkenaan.
Tambahan pula, soalan yang diajukan kedengaran begitu pelik dan sukar dijawab.
"Dia tanya sama ada ikan tu mahal ke atau aku tak ada duit nak beli," tambahnya.
Cakap je tak ada duit, untung-untung dapat ikan percuma.
WARGA MAYA
Pertanyaan demi pertanyaan yang diterima membuatkan dia memaklumkan bahawa ikan yang dibeli akan diberi kepada kucing peliharaan.
Katanya, pada awalnya dia tidak nampak ada ikan dijual secara longgok di situ sebaliknya hanya melihat ikan yang ditawarkan secara timbang berat.
"Aku cakap yang aku baru nampak ikan longgok, ni untuk kucing saya, bukan saya yang makan," jelasnya yang membeli tiga pinggan ikan longgok.
Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika membeli bahan mentah yang dijual longgok.
Bagi wanita ini, cara pelanggan tersebut bertanya adalah tidak sopan dan menjatuhkan maruahnya kerana berada di tempat awam serta dilihat pelanggan lain.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya menyatakan, pertanyaannya itu berkemungkinan kerana dia ingin membantu membayar ikan yang diambil.
"Disebabkan tak tahu lenggok badan dan nada dia, saya husnuzon yang dia mungkin nak belanja ikan tu kalau akak tak mampu.
"Cakap je tak ada duit, untung-untung dapat ikan percuma. Kita tak boleh kawal apa yang orang fikir tentang kita tapi kita boleh kawal diri sendiri.
"Saya memang selalu beli ikan dalam pinggan untuk cik bulus," demikian antara reaksi warga maya.