ISU 'burn out' bukan sesuatu yang luar biasa bagi para ibu terutamanya yang menguruskan anak dan rumah tangga sendirian.
Tekanan fizikal dan mental yang berpanjangan ditambah pula dengan kurangnya sokongan boleh mendorong seseorang melakukan perkara tidak terjangkau dek akal.
Itulah situasi dialami wanita ini yang mengakui terpaksa mencampurkan ubat batuk ke dalam susu anaknya, gara-gara tidak lagi mampu menahan keletihan.
Para ibu wajar mendapat sokongan orang sekeliling untuk mengelakkan 'burn out'. -Gambar hiasan
"Aku campur susu anak dengan ubat batuk. Aku penat sangat hari ni, laki aku outstation dah dua hari.
"Anak aku sejenis mengempeng, tidur sekali je... itu pun sejam. Malam dia kuat terkejut," tulisnya yang tidak mendedahkan identiti diri itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Jadi ‘kejam’ seketika demi nikmati ‘me time’... Suri rumah berkurung lama dalam bilik, tak ambil tahu pasal anak di luar
ARTIKEL BERKAITAN: Geram anak-anak degil waktu buka puasa, ibu ‘burnout’ tinggalkan meja makan! Luah rasa gagal, minta maaf pada suami
Menurut wanita berkenaan, anak kecilnya yang berusia setahun enam bulan sangat memerlukan perhatian hampir setiap masa, menyebabkan dia sendiri tidak mendapat tidur yang cukup.
"Mata aku sampai dark circle melengkung ke dalam tanda aku penat sangat. Aku nangis masa letak ubat," ujarnya lagi.
Suruh suami ambil cuti kalau tak boleh suruh dia bayarkan babysitter. Kena rehat kak.
NETIZEN
Luahan wanita itu yang dikongsikan oleh akaun @meinmokhtar mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya tampil memberikan nasihat dan saranan kerana memahami situasi dilaluinya.
Malah netizen turut mengingatkan agar ibu-ibu lain mengambil serius tanda-tanda burnout dan tidak teragak-agak untuk meminta sokongan, sama ada daripada pasangan, keluarga, rakan atau kaunselor.
Sebahagian daripada komen netizen.
"Kamu dah burnout ni. Minta tolong orang tengokkan dulu anak dan dalam masa sama cari bantuan untuk diri kamu. Jangan pendam nanti makan diri sendiri juga.
"Keluar duit sikit hire babysitter datang rumah. Moga dipermudahkan urusan awak.
"Suruh suami ambil cuti kalau tak boleh suruh dia bayarkan babysitter. Kena rehat kak. Kena refresh diri. Dan jangan bagi ubat dekat baby. Nanti menyesal di kemudian hari," demikian antaran komen netizen.