suria

[V] Bella Astillah serah jodoh dengan Syed Saddiq kepada takdir… “Tak manis untuk kongsi perancangan masa depan”

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah memilih untuk menyerahkan soal jodoh dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada takdir dan ketentuan Ilahi.

Menurut Bella, sebagai wanita tidak manis untuk membicarakan hal itu secara terbuka.

“Perancangan masa depan saya serahkan kepada Allah SWT.

Bella menyerahkan soal jodoh dengan Syed Saddiq (kiri) kepada takdir.

“Kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Saya perempuan, tak manis untuk kongsi apa-apa perancangan masa hadapan. Minta doa yang terbaik,” katanya ringkas.

Bella berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, pada Rabu.

Bella hadir bagi mengikuti keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes rayuan Syed Saddiq.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah tiba di mahkamah ikuti keputusan Syed Saddiq, tiada komen dapat diberikan

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah, Syed Saddiq kongsi satu bekas ramen, netizen doa cepat kahwin elak fitnah

Ditanya air mata yang gugur, Bella, 31, atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah mengakui gembira dengan keputusan hari ini. 

“Semua gembira, rata-rata orang Malaysia mendoakan yang terbaik semoga YB (Yang Berhormat) dilepaskan, keputusan hari ini buat semua orang gembira,” katanya. 

Bella yang tiba seawal jam 8 pagi berkata keputusan ini merupakan kemenangan yang layak buat Saddiq.

“Dia memang seorang yang jujur, ikhlas dan berani. Dia buat semua perkara dengan hati yang ikhlas.

Bella (empat dari kiri) bersama keluarga Syed Saddiq hadir memberikan sokongan.

“Mungkin ini balasan atas apa yang dia lakukan selama ini,” ujarnya.

Terdahulu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). 

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

OSZAR »