suria

Bulan madu jadi racun! Isteri ditinggalkan suami di Kinabalu, mujur ada malim gunung - “Aku demam dia kata manja”

Memanjat gunung memerlukan stamina yang tinggi. -Gambar hiasan AI

IMPIAN bulan madu yang disangka romantis bertukar derita dan menyakitkan bagi seorang isteri apabila dia diajak mendaki Gunung Kinabalu tanpa persediaan fizikal mencukupi.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata dia bukanlah seorang yang aktif, namun akur dengan kehendak suami untuk melakukan aktiviti lasak.

“Dia selalu anggap stamina aku sama dengan dia. Untuk persediaan, dia cuma bawa aku naik bukit di Melaka. Lepas tu, terus daki Gunung Kinabalu.

Kaki antara anggota badan yang akan mudah mengalami kecederaan bagi aktiviti lasak. -Gambar hiasanKaki antara anggota badan yang akan mudah mengalami kecederaan bagi aktiviti lasak. -Gambar hiasan

"Naik sampai atas okey tapi masa turun, lutut aku dah sakit. Terpaksa turun pakai tongkat. Menggigil aku menapak. Rasa tak sanggup nak teruskan.

"Dalam ramai-ramai tu, kebanyakan sampai di bawah pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari tapi aku sampai di bawah pukul 4 petang," katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, suaminya meninggalkannya bersama malim gunung kerana ingin sampai lebih awal, menyebabkan wanita itu rasa terkilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah jadi ‘malim gunung’, dukung adik turun Gunung Kinabalu

ARTIKEL BERKAITAN: Susahnya tawan puncak Ledang! Gadis kaki hiking hampir putus asa... Bandingkan dengan Gunung Kinabalu, lebih mudah

"Suami macam ada sifat bersaing. Dia tinggal aku dengan malim gunung sebab dia nak sampai awal. Geram apabila ingat balik," katanya.

Tambah wanita itu, ketika sampai di Kundasang keadaannya bertambah buruk dengan mulai demam.

“Sampai Kundasang, aku muntah teruk. Balik hotel terus demam. Laki aku kata manja.

Suami awak tiada timbang rasa dan otak... apa logiknya bulan madu panjat gunung.

NETIZEN

"Apabila nak balik, masa dalam kapal terbang aku merajuk. Nak bangun pun susah. Pramugari tolong bawa beg aku sampai bawah.

"Suami aku? Dia biar je. Apabila dia nampak pramugari tolong aku, baru dia ambil,” luahnya.

Setibanya di rumah ibunya, wanita itu mengalami bengkak kaki yang teruk hingga jari-jemarinya membulat, sebelum menangis dalam dakapan ibunya.

"Habislah laki aku kena marah depan biras-biras dia dan kakak aku.  

Reaksi netizen.Reaksi netizen.

“Kesimpulannya, nak panjat gunung ni bukan boleh main redah. Kena buat latihan betul-betul," katanya.

Netizen beranggapan suami wanita itu agak melampau kerana membiarkan isteri bersama orang lain ketika turun dari gunung berkenaan.

"Maaf cakap, suami awak tiada timbang rasa dan otak. Apa logiknya bulan madu panjat gunung.

"Kejamnya tak risau keselamatan isteri," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

OSZAR »