suria

Sesal seumur hidup... Ibu ralat anak usia 4 tahun maut akibat usus terbelit, simptom sakit perut dan cirit-birit disangka gastrik

Setiap ibu bapa akan lakukan segala-galanya bagi memastikan anak mereka kembali sihat. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu berkongsi pengalaman paling tragis dalam hidupnya apabila kehilangan anak yang menderita masalah usus terbelit.

Dalam perkongsian menyedihkan itu, wanita berkenaan mendedahkan anaknya kerap mengadu sakit perut namun dia dan suami hanya membawa anak kecil itu ke klinik.

Dia turut menasihati ibu bapa agar tidak sesekali memandang ringan jika anak sering mengadu sakit perut.

Rawatan segera mampu menyelamatkan insan tersayang. -Gambar hiasan AIRawatan segera mampu menyelamatkan insan tersayang. -Gambar hiasan AI

"Korang, kalau anak kerap sakit perut jangan tunggu doktor bagi ubat je. 

"Minta buat full check-up, minta scan. Jangan jadi macam aku," katanya memulakan bicara.

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat ED hospital sindir ibu guna pelekat batuk rawat anak, perlekeh produk viral - “Iron Man ni, tengah cas bateri”

ARTIKEL BERKAITAN: Sekurang-kurangnya 107 individu dimasukkan ke hospital selepas jamah hidangan perayaan... Alami muntah, cirit-birit

Jelasnya, anaknya meninggal dunia pada usia empat tahun dua bulan akibat komplikasi yang jarang berlaku dan sukar dikesan tanpa pemeriksaan menyeluruh.

Menurut ibu tersebut, anaknya mengalami simptom berulang setiap tahun, antara tiga hingga empat kali iaitu akan sakit perut selepas makan, diikuti dengan cirit-birit dan muntah.

Dia dan suami menyangka ia hanyalah gastrik, memandangkan suaminya turut mengalami masalah sama. 

Semoga menjadi asbab puan ditarik ke syurga nanti.

NETIZEN

"Boleh bedah, tapi dah terlambat. Anak aku dah tiada baru aku tahu.

"Sampai sekarang aku rasa bersalah, dan aku tahu aku bawa sampai mati perasaan bersalah tu," katanya lagi.

Dia turut berkongsi bahawa pakar tidak dapat mengesahkan bagaimana usus itu boleh terbelit.

"Boleh jadi disebabkan apa-apa aktiviti, atau boleh juga disebabkan pemakanan atau memang dah ada sejak lahir," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian itu mengundang rasa simpati netizen, yang masing-masing memintanya tabah dengan ujian itu.

"Sama kes anak saya kena lapan tahun lepas, macam-macam ubat dia makan tapi sakit perut dan muntah, bila x ray nampak usus terbelit.

"Terus buat prosedur pam betulkan usus, sekarang dah darjah enam, doktor cakap kemungkinan boleh terbelit lagi ususnya.

"Kuat ye ibu... Al-Fatihah buat anak syurga. Semoga menjadi asbab puan ditarik ke syurga nanti," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

OSZAR »