TAMAT menjalani latihan ketenteraan di Korea Selatan, kemunculan semula penyanyi Suga disambut baik oleh peminat yang tidak sabar untuk melihat dia kembali bergabung bersama kumpulan BTS.
Berkongsi kegembiraan, Suga dalam masa sama tampil membuat permohonan maaf kepada peminat susulan kontroversi menunggang skuter dalam keadaan mabuk melibatkan namanya sebelum ini.
Menulis surat secara terbuka buat peminat, dia juga berkongsi bagaiamana tempoh menjalani latihan memberi kesan besar dalam hidupnya.
Suga mahu balas jasa peminat.
Malah Suga juga memberitahu dia pernah terfikir untuk mengambil tempoh rehat dari dunia seni.
"Dalam tempoh dua tahun ini saya menghabiskan masa berfikir tentang diri sendiri. Pernah juga terfikir untuk mengundur diri dari kerja yang saya lakukan dan meluangkan masa untuk satu perkara berbeza.
"Saya terlalu berlari ke hadapan sehingga terlupa untuk melihat belakang," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal tak fikir panjang sebelum keluar kenyataan, Suga BTS buat permohonan maaf kali kedua
ARTIKEL BERKAITAN: Nama Suga BTS masih panas, kali ini ‘haters’ tulis kecaman atas trak pula!
Dalam masa sama penyanyi ini juga berjanji tidak mengulangi kesilapan lalu dan mengecewakan peminat.
Malah dia juga tidak sabar untuk kembali bertemu peminat bersama anggota BTS yang lain.
"Mulai sekarang saya akan lakukan yang terbaik untuk membalas jasa anda semua," ujarnya.
BTS dijangka akan kembali bergabung dan membuat kemunculan semula bersama pada 2026.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube