SELESAI menjalani tempoh berpantang selepas bersalin anak kedua pada Mei lalu, pelakon Elisya Sandha memberitahu ia satu pengalaman yang berbeza berbanding sebelum ini.
Kata Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 26, susulan jangkitan kuman pada luka tempat pembedahan, emosiya sedikit terganggu hingga menyebabkan rasa sedih berpanjangan dan kurang bercakap seolah-olah mengalami kemurungan.
“Saya sangat sedih masa berpantang. Bila dah hampir habis pantang baru saya rasa okay sikit dan mula boleh bercakap macam biasa.
Anak kedua Elisya diberi nama Bahtera Elhaq.
“Sebelum tu saya diam saja rasa macam kemurungan. Tapi suami saya banyak bagi sokongan. Bila tengok anak, rasa sakit itu pun hilang sekejap,” ujarnya.
Elisya berkongsi kisah itu ketika ditemui di Malam Tayangan Khas filem Citra Apartment yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Selasa.
Tambah pelakon ini disebabkan sakit tersebut dia juga sukar untuk bergerak.
ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha selamat bersalin anak kedua, timang bayi lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha bakal timang anak lelaki, belum buat sebarang persiapan
Bagaimanapun Elisya meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang masalah yang lebih serius.
"Jujur saya katakan, pengalaman kali ini memang sangat mencabar.
"Nak duduk, baring atau berjalan semua serba tak kena. Saya juga sering sakit kepala dan rasa sangat terganggu sepanjang tempoh pantang," kongsinya.
Cuma suami saya saja tahu sebab dia serumah.
ELISYA SANDHA
PELAKON
Dia juga berterima kasih kepada ibu mentuanya, aktres Sheila Rusly, yang sentiasa mengambil berat soal pemakanan dan kesihatannya sepanjang berpantang.
Namun begitu, dia memilih untuk tidak berkongsi masalah kesihatan yang dialaminya kepada ibu mentua kerana enggan menambahkan kerisauan.
Elisya juga mempunyai seorang lagi cahaya perempuan bernama Bunga Elhaq.
“Saya memang bersyukur sangat mak mentua saya memang ambil berat, terutamanya bab makanan. Kalau saya tak makan, dia risau.
“Tapi saya pilih untuk tak cerita pasal jangkitan tu sebab tak nak dia susah hati. Cuma suami saya saja tahu sebab dia serumah dengan saya,” jelasnya lagi.
Untuk rekod Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy pada Ogos 2021 dan mereka juga memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Bunga Elhaq yang kini berusia 3 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube