SELEPAS seminggu mendirikan rumah tangga, anak sulung penyanyi dan komposer Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali memilih untuk hidup berdikari bersama isteri tercinta.
Al Ghazali atau Ahmad Al Chazali Köhler, 27, berkata dia dan isteri iaitu Alyssa Daguise juga sepakat untuk menyewa rumah terlebih dahulu sebelum mendapatkan kediaman yang lebih selesa.
"Saya akan cuba menyewa rumah dulu. Saya ingin belajar jaga rumah dan rasai sendiri bagaimana rumah baru.
Al Ghazali dan isteri mahu mula dari bawah.
"Sambil perlahan-lahan mencari rumah selesa untuk saya dan isteri," katanya memetik Detik Hot.
Katanya, hasrat itu juga dipersetujui oleh Ahmad Dhani kerana memikirkan keselesaan hidup berumah tangga.
Sementara itu, Ahmad Dhani berkata dia percaya keputusan itu dibuat agar anak dan menantunya lebih mudah untuk mendapatkan zuriat.
Dalam pada itu, dia dan Al Ghazali juga merancang untuk membeli rumah bersama suatu hari nanti.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ahmad Dhani selamat bernikah, beri mas kahwin 16.6 gram bar emas dan wang tunai RM9,900
ARTIKEL BERKAITAN: Majlis bersiram kembali satukan Maia Estianty dan Mulan Jameela, mesra bersalaman lupakan sengketa lama
"Dia kena hidup sendiri bersama isteri baru senang dapat anak. Kalau tinggal bersama keluarga lain agak susah," ujarnya.
Untuk rekod, Al Ghazali dan isteri selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 16 Jun lalu.
Al Ghazali menyerahkan mas kahwin berupa bar emas seberat 16.6 gram bersama wang tunai sekitar RM10,000.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube