TUGAS menjaga ibu bapa yang sedang uzur diakui memenatkan dan ada kalanya ia menjadi punca perubahan sikap anak-anak.
Hal sama dikongsikan seorang abang yang terkejut apabila menyedari adik lelakinya berubah 360 darjah daripada seorang anak yang menghormati ibu kepada sebaliknya.
Keadaan itu katanya agak bertepatan dengan situasi yang mengatakan bahawa 'adik-beradik yang tinggal bersama ibu bapa adalah individu paling hampir dengan neraka'.
Menjaga orang sakit memerlukan kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan
"Sejak kebelakangan ini kami adik-beradik sedar sesuatu. Saya sendiri pernah terdengar adik meninggikan suara dengan mak. Sesuatu yang mengejutkan kerana adik saya tu memang jenis yang sangat menghormati orang.
"Tapi masa tu saya hanya diam. Beberapa hari sebelum raya haji, abang pula hantar voice note.
"Katanya, dia balik rumah mak dan terdengar macam ada perbualan yang akhirnya buat adik kami tu meninggikan suara lagi," katanya menerusi hantaran di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Adik syak abang layan mentua dengan teruk, punca kakak ipar tak hormat ibu
ARTIKEL BERKAITAN:“Bapa awak sakit je kan? Bukan meninggal?” - Murid diherdik lambat bayar yuran, malu sampai sukar maafkan guru
Menurut pengadu, sejak ibu mereka tidak lagi mampu berjalan pada 2019, adiknya yang dipertanggungjawabkan menguruskan sepenuhnya.
Dalam masa sama difahamkan adik-beradik lain yang sudah mempunyai keluarga sendiri menghulurkan bantuan daripada segi kewangan untuk keperluan ibu dan adik mereka.
Bercerita lanjut tentang apa yang berlaku, lelaki berkenaan berkata dia beranggapan adiknya itu mungkin burnout atau terlalu penat kerana menjaga ibu seorang diri hingga tiada masa untuk bersosial atau tenangkan fikiran.
"Sebab tu apabila balik kampung, kami bagi je kunci kereta kat dia. Pergi la mana-mana nak healing. Daripada segi duit kami bagi.
Sebenarnya jaga orang tua sakit memang penat... tambah-tambah mulut boleh bercakap.
NETIZEN
"Kami sendiri tak mampu jaga mak macam dia buat. Abang saya cakap kat dia, kalau rasa dah tak mampu nak jaga mak, pergilah (tenangkan fikiran).
"Nanti kami akan fikir jalan lain untuk uruskan mak," katanya.
Tambah lelaki itu dia bukan ingin membuka aib keluarganya tetapi ini adalah realiti buat mereka yang menguruskan ibu bapa yang uzur.
"Realiti menjaga orang tua bukan semata-mata soal fizikal, tapi juga emosi dan mental.
"Tak semua orang mampu, dan tak semua orang faham kecuali yang duduk di rumah tu, hari-hari," katanya.
Reaksi netizen.
Perkongsian itu meraih rasa simpati dalam kalangan netizen yang mengakui bukan mudah menguruskan orang tua.
Namun, dalam pada masa yang sama warga maya meminta adik-beradik lain termasuk lelaki itu pula menguruskan ibu mereka.
"Sebenarnya jaga orang tua sakit memang penat. Tambah-tambah mulut boleh bercakap.
"Pakej sakit hati, letih badan, letih jiwa sebab mereka makin tua makin perangai macam budak-budak.
"Korang adik-beradik yang lain la pula yang urus. Tengok tahap kesabaran sampai mana pula," katanya.