suria

8 peserta ‘Raise The Star Malaysia’ pulang awal, gagal mara ke minggu seterusnya

Wans Ahamd dan Bella antara yang tersingkir pada minggu pertama.

SERAMAI lapan peserta Raise The Star Malaysia tidak layak meneruskan saingan selepas tersingkir di minggu pertama yang berlangsung pada malam Ahad.

Bersiaran dari Royal Theatre Shah Alam, Selangor perserta yang gagal menambat hati juri adalah Iqmal Romie, Azren Al Bakri, Bella, Aiman Hakim, Amir, Wanss Ahmad, Syahera dan Halida Ramlee.

Minggu pertama ini menyaksikan 30 peserta membuat persembahan secara duet, namun hanya 22 orang yang terpilih untuk mara ke minggu seterusnya.

Antara perserta yang tersingkir minggu pertama.

Lima bintang terbaik pada minggu ini adalah Rayme, Zuana, Aril Eles, Pasya dan Zury.

22 peserta lain termasuk Melinda, Syaf Kahar, Khalyn, Shareen Lopez, Nishman, Aliff Amie, Ayiena, Keka, Darling, Max Brandon dan Didie Shazry.

Selain itu, Bosswan, Erika Foo, Faysal Saad, Hariz Fayahet, Maria Effendi dan Scha Nuril.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasya impi lagu hits bantu lonjak nama, mahu tinggalkan dunia busking

ARTIKEL BERKAITAN: Dibayar dalam dolar dan bakat lebih dipandang negara luar, Shila Amzah hanya mampu ucap syukur

Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian peminat.

Peserta akan diadili oleh komposer dengan markah penjurian sebanyak 80 peratus manakala undian peminat pula 20 peratus.

Pada minggu hadapan, setiap peserta akan membuat persembahan secara solo yang bertemakan Who Am I.

Zuana dan Aril raih pujian juri pada minggu pertama.

Program Raise The Star Malaysia menyaksikan lima komposer terkenal bergabung dalam mencari lima pelapis baharu untuk mempersembahankan lagu hasil  gubahan mereka di pentas akhir.

Kelima-lima komposer itu adalah Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah dan Ikhwan Fatana yang akan menggunakan pengalaman dan kreativiti mereka sepanjang penglibatan mencari bakat baharu.

Dihoskan oleh pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad,  Raise The Star Malaysia boleh ditonton secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

OSZAR »