suria

Suami kerja jurujual berzina dengan janda! Mesej TikTok bongkar segala rahsia - “Sekarang sales dia tak berapa ada”

Kehadiran orang ketiga menjadi antara punca pergolakan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

TIDAK ada sesiapa yang berkahwin dengan niat untuk berpisah. 

Namun dalam realiti kehidupan, rumah tangga yang kelihatan kukuh selama sedekad pun tidak terlepas daripada badai yang menggoncang.

Diuji dengan kecurangan suami pada ketika usia perkahwinan menginjak usia 10 tahun, wanita ini buntu mencari penyelesaian kepada kemelut rumah tangganya kerana masih menyayangi suami biarpun lelaki berkenaan berkali-kali berlaku curang.

"Bermula dari awal tahun, suami seorang sales advisor, ada ramai customer... (dia) diuji layanan chat daripada customer yang berlebihan.

Ramai wanita memilih untuk bertahan dalam perkahwinan kerana anak. -Gambar hiasan

"Kantoi apabila baca chat di WhatsApp. Kemudian saya dah block dan delete contact number tu. Suami cakap dia betul-betul nak berubah dan tak layan urusan selain kerja.

"Saya anggap ini ujian dan saya maafkan suami. Kami jalani hidup macam biasa. Baru-baru ini tiba-tiba saya dapat tahu petunjuk baru, suami pernah berzina dengan janda. Kantoi sebab perempuan tu chat suami di TikTok," tulisnya dalam  luahan yang dikongsikan di satu laman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah lali suami curang... Siap bawa skandal balik rumah zina di segenap ruang, atas sofa pun jadi! Kini atur strategi nak cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Moreh konon, hakikatnya maksiat dengan bini orang! Isteri tunggu raya nak ‘londeh’ suami berzina, biar mentua tahu perangai anak

Seperti kali pertama, wanita itu berkata dia memilih untuk memaafkan suami biarpun perbuatan lelaki tersebut sudah melampaui batas demi anak yang masih kecil.

Bagai jatuh ditimpa tangga, rumah tangga mereka sekali lagi diuji namun kali ini daripada segi kewangan.

Ujar wanita tersebut, dia beranggapan dugaan yang sedang dihadapi ketika ini berkemungkinan 'teguran' daripada Allah atas perbuatan suaminya sebelum ini.

Kalau dah tahap zina ni, susah nak cakap... apa pun moga diberi petunjuk.

NETIZEN

"Sales dia tak berapa nak ada. Ini salah satunya sebab dia tak jujur dengan saya, rezeki jadi sempit," kongsinya.

Biarpun suaminya berjanji mahu berubah, wanita tersebut mengakui hatinya kini berbolak-balik dan tidak kuat lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kesetiaannya dibalas dengan pengkhianatan.

"Adakah saya dan suami patut dapatkan kaunseling? Saya dah tak sanggup suami buat macam-macam dosa sedangkan saya setia dengan dia," luahnya lagi.

Pelbagai reaksi yang dilontarkan warga maya.

Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi bercampur namun rata-ratanya menyarankan wanita berkenaan agar mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan profesional.

Namun tidak kurang juga ada yang menasihatinya supaya tidak terus membiarkan diri terperangkap dalam kitaran pengkhianatan yang berulang.

"Kalau dah tahap zina ni, susah nak cakap. Apa pun moga diberi petunjuk.

"Perkara pertama, pergi check dekat hospital takut ada penyakit kelamin. Pergi pejabat agama minta nasihat.

"Kalau dah buat hal tapi kantoi lagi, percayalah dia takkan berubah," demikian antara komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

OSZAR »