suria

Terima komen melampau, Nora Ariffin nasihat jaga kata-kata

Nora mohon pengikut media sosial menjaga batas dalam memberi komen.

PENYANYI Datuk Nora Ariffin sedar akan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap dirinya apabila dia berkongsi kisah peribadi dalam mana-mana temu bual. 

Berharap ia tidak keterlaluan, Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, turut menasihati mana-mana pihak agak sentiasa menjaga percakapan. 

"Setiap kali temu bual, ada sahaja komen dan mengata sampai melampau batas. 

Luahan Nora di Instagram. 

"Hati-hati... terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padah," katanya. 

Nora meluahkan perkara tersebut dalam satu hantaran di Instastory miliknya pada Ahad. 

Penyanyi ini juga berlapang dada menerima setiap komen yang tidak benar tentang dirinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin akhirnya tuntut cerai 

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar kelemahan sendiri, Nora Ariffin spontan luah seronok suami tak mahu cerai

"Mengatalah sepuas-puasnya. Saya doakan segala kebaikan untuk anda semua. Semoga akan jadi pahala untuk saya," luahnya. 

Sebelum ini dalam satu temu bual, Nora berkongsi cabaran ketika dia berusaha menjalankan perniagaan produk makanan secara atas talian. 

Apa yang membuatkan dia kesal adalah kata-kata yang menuduh dirinya 'penyondol' sehingga ada yang tidak mahu membeli produk berkenaan. 

Malah disebabkan itu juga dia putus asa melakukan sesi siaran langsung menjual produk miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

OSZAR »