BERPEGANG teguh kepada prinsip peribadi, pelakon Syifa Hadju sanggup menolak banyak tawaran drama yang memerlukan dia melakukan babak intim.
Kata Syifa, 25, meskipun kisah romantik kini lebih mendapat sambutan hangat penonton, namun dia tidak akan sesekali menerima watak sebegitu.
"Saya tak terburu-buru menerima projek baru. Untuk pengetahuan semua ada sahaja tawaran yang masuk.
Syifa kini dalam tempoh rehat.
"Seperti yang semua tahu pasaran filem dan drama siri sekarang lebih target penonton berusia 17 atau 21 tahun ke atas. Jadi ada banyak adegan yang memerlukan saya melakukan babak intim membuatkan saya terpaksa tolak," katanya menjawab pertanyaan peminat di media sosial.
Tambah pelakon ini disebabkan terlalu penat menjalani penggambaran sinetron yang terlalu lama, dia memilih untuk mengambil tempoh rehat.
Syifa juga mahu memastikan hasil lakonannya pada masa akan datang benar-benar memberi impak kepada peminat.
ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty dah sedia terima menantu, puji kekasih El Rumi tak sombong nampak pemalu orangnya
ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu mesra, netizen nasihat anak Ahmad Dhani dan kekasih jaga batas masih belum kahwin
"Biasanya selepas terlibat dengan drama bersiri atau filem, saya akan bercuti beberapa bulan.
"Saya mahu lakukan sesutatu yang berbeza untuk anda semua. Lama tidak muncul dalam filem, jadi saya nak ia akan jadi istimewa buat semua," ujarnya.
Syifa memberitahu dalam tempoh berehat dia banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti peribadi seperti bercuti selain memenuhi undangan ke majlis tertentu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube