suria

Anak belum dua bulan, Imran Aqil sedih Nur Yusra dijangkiti Covid-19

Anak Imran dan Dahlia dijangkiti Covid-19.

PELAKON Imran Aqil memaklumkan anak perempuannya, Nur Yusra terpaksa dimasukkan ke hospital pada Khamis kerana dijangkiti Covid-19 walaupun belum mencecah usia dua bulan.

Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 26, berkata, pada mulanya dia menyangka anaknya itu menghidap bronkitis kerana mengalami masalah selesema dan hidung tersumbat selama beberapa hari. 

Melihatkan keadaan semakin teruk, Imran dan isteri yang juga personaliti media sosial Dahlia Rizal membawa Yusra ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

"Mulanya Yusra mengalami selesema dan hidung tersumbat. Lama kelamaan makin teruk. Saya pergi ke tiga klinik untuk mendapatkan pendapat doktor yang berbeza. 

Imran berkongsi keadaan terkini kesihatan Yusra (kanan).

Imran berkongsi keadaan terkini kesihatan Yusra (kanan). 

"Akhirnya doktor beritahu kalau masih teruk, anak saya perlu dibawa ke hospital. Malam itu (Khamis) dia memang tak boleh tidur dan kami terus ke hospital. 

"Pada mulanya saya ingatkan anak saya menghidap bronkitis, tapi sewaktu doktor buat pemeriksaan darah dan ujian swab akhirnya Yusra positif Covid-19," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam masa sama,  Imran memberitahu dia juga mengalami masalah kesihatan termasuk mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. 

Pun begitu, pelakon drama Budak Tebing 2 ini berkata dia perlu kuat untuk membantu isteri menjaga anak mereka yang sedang sakit. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Imran Aqil umum isteri hamil anak pertama, Dahlia makin manja sejak berbadan dua

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlia disangka hamil gara-gara foto raya nampak ‘baby bump’, Imran Aqil mohon jaga sensitiviti isteri... “Ini dia dah ajak pergi gym”

"Sepanjang dua malam anak saya di hospital, saya sentiasa ada bersamanya. Kasihan juga isteri (Dahlia) saya sebab dia pun berada dalam keadaan tertekan. 

"Nak kena jaga anak yang sakit dalam masa sama saya pun tidak berapa sihat. Saya pun kena kuat sebab saya tidak mahu isteri tanggung semua ini seorang diri. 

"Dahlia tak sampai hati nak bantu doktor sedut kahak dan hingus anak, jadi saya yang tak sihat ini kena kuatkan diri untuk lakukan prosedur itu semua. Ingatkan saya kuat, tetapi saya pun menangis juga," ujarnya. 

Imran bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila anaknya kini sudah dibenarkan keluar daripada hospital pada Sabtu. 

Mulanya saya ingatkan anak saya menghidap bronkitis, selepas buat ujian swab akhirnya Yusra positif Covid-19. 

IMRAN AQIL

PELAKON

Kongsi Imran, dia perlu lebih berjaga-jaga dalam memastikan keadaan sekeliling anaknya lebih selamat. 

"Alhamdulillah hari ini (Sabtu) Yusra baru sahaja keluar hospital. Doktor dah buat pemeriksaan dan kesihatan anak saya semakin baik. 

"Rupanya sebelum masuk ke hospital lagi dia sudah dijangkiti Covid-9, tapi mungkin pada waktu itu kami tidak tahu. 

“Sejak lahir kami hanya keluar pergi menziarahi rumah keluarga, namun mungkin jangkitan itu  daripada ahli keluarga. 

"Selepas ini saya akan berhati-hati apabila nak menerima tetamu datang ke rumah. Kalau ikutkan anak saya sudah selesa duduk di rumah tetapi kita tidak tahu sekiranya ada virus dari luar," katanya. 

Imran (kiri) dan Dahlia memohon doa orang rami untuk kesembuhan anak mereka.

Sebelum ini, Dahlia memuat naik hantaran di Threads memaklumkan anaknya dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19. 

Kata Dahlia, Yusra mengalami muntah-muntah sepanjang hari dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buat anaknya itu. 

Untuk rekod, Imran mendirikan rumah tangga dengan Dahlia pada 9 September 2023. 

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 6 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

OSZAR »