PELAKON Rita Rudaini meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat individu yang mengkritiknya masih tidak bertudung.
Kata Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, golongan yang merendahkan orang lain adalah lebih buruk kerana menilai seseorang hanya daripada penampilan semata-mata.
“Inilah realiti segelintir ibu bapa ulul albab yang rasa diri mereka terpaling suci dan ahli syurga.
Rita membidas satu komen netizen.
“Hina orang nombor satu, lebih baik buka tudung itu. Merekalah pemegang kunci syurga layaknya, asyik kira dosa orang,” katanya.
Rita berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada malam Jumaat.
Berkongsi lanjut, Rita memberitahu penampilan seseorang tidak semestinya mencerminkan perwatakan sebenar.
Tambah aktres itu, tidak bertudung bukan alasan untuk dihina atau lesen untuk mengumpat.
ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini terima anugerah Pingat Jasa Baik, hadiah istimewa sempena 28 tahun dalam dunia seni
ARTIKEL BERKAITAN: Meremang bulu roma Rita Rudaini masuk istana, pernah satu sekolah dengan kerabat Perlis
“Pakai tudung pun buat apa awak, kalau mulut itu (digunakan) asyik mengumpat orang.
“Terpaling tudung labuh keluarga ulul albab ni,” ujarnya.
Sebelum ini, terdapat individu wanita yang mengecam Rita disebabkan aktres itu tidak bertudung.
Malah wanita berkenaan mempersoalkan bagaimana Rita akan menjelaskan kepada anak-anak mengapa tidak bertudung suatu hari nanti.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube