PELAKON Ruhainies tampil menjelaskan kekeliruan berhubung cara penggunaan tasbih digital yang disarung pada jarinya.
Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, dia menyedari ramai mempersoalkan pemakaian alat itu yang disangka digunakan secara terbalik.
Tampil menjawab mengenai perkara itu, Ruhainies memberitahu dia sebenarnya menggunakan tasbih itu dengan betul selain mengikut keselesaan.
Ruhainies kongsi cara penggunaan tasbih digital.
"Beberapa hari ini saya menerima komen cakap saya pakai tasbih secara terbalik.
"Biar saya tunjuk, saya guna ibu jari untuk menekan butang di tasbih seperti ini.
"Mungkin dalam gambar atau video nampak terbalik tapi sebenarnya tidak," kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Obses dengan tasbih digital, Ruhainies mahu berselawat 1,000 kali sehari
ARTIKEL BERKAITAN: Misi selawat 40 hari hampir selesai, Ruhainies rasai pelbagai perubahan
Ruhainies berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Jumaat.
Menerusi hantaran itu, Ruhainies turut berkongsi cara dia menggunakan tasbih digital itu setiap hari.
Malah Ruhainies memberitahu tasbih itu adalah pemberian daripada salah seorang kenalannya yang direka khas di sebuah kedai di ibu kota.
Ruhainies rajin berselawat sejak tahun lalu.
"Saya dapat daripada seseorang. Dia beli secara atas talian dan perhiasan di reka khas di sebuah kedai di Pavilion Kuala Lumpur," ujarnya.
Sejak tahun lalu, Ruhainies dilihat sering mengenakan tasbih digital di jari telunjuk sekali gus menjadi perhatian peminat.
Susulan itu, dia mendedahkan sedang fokus dengan misi berselawat 1,000 sehari selama 40 hari.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube