KITA pasti biasa mendengar ungkapan 'pelanggan sentiasa betul'.
Namun dalam apa jua situasi terutamanya apabila melibatkan pihak lain, ia perlu diseimbangkan dengan common sense, rasa hormat dan bertimbang rasa.
Menjadi pelanggan tidak bermaksud kita boleh bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain, khususnya kepada para pekerja dan pemilik premis.
Dalam satu hantaran di media sosial, seorang pekerja di sebuah kafe berkongsi realiti sikap segelintir pelanggan yang tidak mempunyai common sense dan paling mengecewakan, 'tidak makan saman' apabila ditegur.
Pelanggan juga perlu mempunyai common sense apabila melibatkan peraturan sesebuah restoran.- Gambar hiasan
"Kami yang kerja kafe dilema. Mungkinlah saya ni nampak macam ass****, tak bagi customer bawa outside foods or drinks.
"Dia macam mak awak buat open house tapi orang yang datang memasing bawa makanan sendiri, makanan dekat rumah tak bersentuh.
"Selalu tegur terus. Ada yang letak dekat luar. Ada yang protes makan dekat kereta," tulisnya dalam hantaran tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Makanan tak sedap... Pelanggan sound ‘owner’ kedai, kutuk dalam Google reviu! Puas berjaya dapat ‘refund’
ARTIKEL BERKAITAN: Satu famili makan sampai licin pinggan, tiba di cashier merungut tak sedap! Dah dapat diskaun minta 'free dessert' pula
Menurut individu berkenaan, biarpun sudah diletakkan papan tanda mengenai larangan sedemikian namun ia masih tidak mampu menghalang segelintir pelanggan daripada terus melanggar peraturan.
Selain itu menurutnya, satu lagi sikap buruk pelanggan adalah menghabiskan masa berjam-jam di kafe dengan hanya memesan minuman, hanya kerana mahu menggunakan kemudahan internet.
Orang niaga ni pun nak ada sales... tak adil lah.
PEKERJA KAFE
"Ada pula jenis yang datang seorang minta Wifi sebab assignment. Lepas tu dia datang ramai-ramai share Wifi, duduk lepak tengok drama, movie dari pukul 8.00 malam sampai tutup kedai.
"Order air tiga je. Mereka nampak je ada customer berdiri cari meja, tapi buat tak nampak. Kalau minta bagi table mereka, kata halau. Mahunya kena viral nanti," tulisnya lagi.
Tambah individu tersebut, dia terpanggil untuk membuat teguran di media sosial agar masyarakat bersikap lebih bertimbang rasa dan memahami realiti cabaran yang ditanggung oleh peniaga apatah lagi ia melibatkan untung rugi.
"Orang niaga ni pun nak buat sales. Tak adil lah," luahnya lagi.
Antara komen netizen.
Di ruangan komen, netizen rata-ratanya bersetuju dengan luahan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu realiti yang sering berlaku namun jarang dibincangkan secara terbuka.
Dalam pada itu, ramai yang turut berkongsi cadangan dan saranan sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi kafenya.
"Tampal je warning sign besar-besar tulis no outside food. Lepastu kalau dia bawa juga, perli je depan-depan muka.
"Buat rules, minimum order satu makanan dan satu minuman setiap seorang. Banyak kafe dah buat macam ni.
"Dekat Langkawi pernah jadi viral sampai saman menyaman, tak boleh buat main-main," demikian antara komen netizen.