suria

Seronok pegang duit sampai ‘pointer’ merudum... Ini 3 kesilapan golongan pelajar ketika kerja sambilan

Ramai pelajar melakukan kerja sambilan bagi mencari wang poket. -Gambar hiasan AI

RAMAI pelajar universiti memilih untuk bekerja sambilan bagi menampung perbelanjaan harian dan menimba pengalaman.

Kebiasaannya, mereka akan bekerja secara sambilan atau part-time di restoran makanan segera atau kedai pakaian di pusat beli-belah.

Namun dalam keterujaan memegang duit sendiri, ramai yang tak sedar mereka sebenarnya membuat kesilapan yang menyusahkan diri.

Berikut antara kesilapan paling biasa dilakukan oleh pelajar semasa bekerja part-time:

1. Gaji

Ramai pelajar terima sahaja gaji yang ditawarkan tanpa semak samada ia mengikut kadar minimum atau tidak. 

Ada pelajar yang terdesak untuk bekerja sehingga mereka tidak kisah dibayar pada kadar lebih rendah.

Kadang-kadang majikan turut mengambil kesempatan kerana tahu golongan pelajar kurang pengalaman dan tidak banyak soal.

Tip: Sentiasa semak kadar gaji minimum semasa dan jangan takut bertanya tentang bayaran kerja lebih masa atau elaun lain.

Di sebalik kesibukan kerja, pelajar tak sepatutnya mengabaikan pelajaran. -Gambar hiasan AI

2. Skop kerja

Ada pelajar yang terlalu 'yes boss' sehingga sanggup buat kerja luar bidang seperti angkat barang berat dan kerja lebih masa tanpa bayaran tambahan.

Status sebagai pekerja part-time bukanlah lesen untuk majikan atau individu berpangkat tinggi membuli anda dengan tugasan luar skop.

Tip: Tanya secara jelas tentang skop kerja dan baca kontrak dengan teliti.

3. Abai pelajaran

Ini kesilapan yang paling banyak berlaku yang mana ramai pelajar sanggup ambil syif lebih dan bertindak memonteng kelas.

Malah, mereka juga sering menangguhkan tugasan atas alasan terlalu penat bekerja.

Sudah tentu mereka akan mendapat wang berganda kerana bekerja lebih masa.

Namun tindakan ini sangat tidak wajar kerana ia boleh menjejaskan pointer.

Tip: Pastikan jadual kerja tidak mengganggu waktu kelas atau waktu belajar.

Artikel Lain

OSZAR »