suria

Fasha Sandha terima Anugerah Pingat Jasa Baik, tampil anggun mengenakan busana pertunangan berusia 7 tahun

Fasha setia ditemani suami di sisi.

PELAKON Fasha Sandha antara selebriti yang menerima Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, menerima Pingat Jasa Baik (PJB) dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau pada Khamis.

Meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diterima, Fasha Sandha menyifatkan anugerah dikurniakan kepadanya sebagai berkat doa daripada ibu dan suami tercinta.

Fasha anggun memakai baju berona ungu.

"Terima kasih Allah di atas kurniaan dari-Mu ya Allah. Cinta hati saya, selain doa dari mama, doa suami yang buat rezeki kita tak akan putus. 

"Terima kasih mama dan terima kasih suami. Syukur Alhamdulillah, hari ini hari yang bahagia buat kami.

"Menjunjung kasih DYMM Tuanku atas anugerah dan pingat yang diberikan," katanya.

Pada majlis itu, Fasha turut ditemani suami tersayang, pelakon Aidil Aziz.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah biasa hidup sederhana, Fasha Sandha kecewa pramugari persoal naik kelas ekonomi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cantik bertudung, Fasha Sandha minta ruang perbaiki diri… Mohon doa peminat

Lebih istimewa lagi, Fasha turut memilih untuk menyarungkan busana pertunangannya bersama suami yang kini sudah berusia tujuh tahun.

Bagi melengkapkan penampilan anggun pada hari bermakna itu, dia juga mengenakan sepasang kasut yang merupakan hadiah daripada suami tercinta.

"Pakai baju lama, baju masa tunang. Nasib ada baju 2018 Rizman Ruzaini. 

"Selandang Rumah Kebaya Bangsar dan kasut hadiah daripada suami tercinta, I love you suami," ujarnya.

Selain Fasha, pelakon Rita Rudaini dan aktor Ezany Nizariff antara selebriti penerima PJB.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

OSZAR »