suria

Lain macam perangai pelajar U sekarang, berani minta Farisha Iris tangguh kelas

HAMPIR setahun bergelar pensyarah, penyanyi Farisha Iris berkongsi perbezaan tingkah laku pelajar zaman kini berbanding dahulu.

Menurut Farisha atau Farisha Asmadi, 26, sikap ditunjukkan itu mungkin dipengaruhi oleh budaya negatif yang dipaparkan di media sosial menyebabkan mereka lebih lantang untuk bersuara. 

“Saya takut nak cakap sebab mereka ni bijak sampaikan mengajar kita balik, malah kadang-kadang beri arahan kepada saya ketika mengajar di kelas.

“Pelik dan kadang-kadang terkejut juga tindakan mereka tu, wow lain macam ya sebab saya dulu mungkin tidak macam ni dengan pensyarah.

“Sampai kadang-kadang mereka (pelajar) minta untuk tangguh kelas, mereka pula yang aturkan buat saya pula… generasi sekarang ni ada kelebihan sendiri cuma perlu didikan yang betul saja,”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi
OSZAR »