SEORANG lelaki berusia 70 tahun mengalami kerugian selepas dia ditipu oleh penjual patung seks silikon secara dalam talian.
Hanya mahu dikenali sebagai Tony, pesara kontraktor warga Thailand itu berkata sudah membuat transaksi wang sebanyak 50,000 baht (RM6,522).
Namun, patung tersebut tidak pernah dihantar ke alamatnya sehingga ke hari ini.
Susulan penipuan itu, dia merancang untuk membuat laporan kepada Polis Siber di Udon Thani.
“Sebelum ini saya kerja di luar negara. Saya baru balik ke Thailand tiga bulan lalu dan rasa agak sunyi.
"Saya sudah bujang selama 22 tahun. Bila nampak patung itu, rupa model Eurasia yang menawan, saya fikir mungkin dia boleh jadi 'teman' saya.
“Saya kongsi kisah ini supaya orang lain tak jadi mangsa," ujarnya.
Tambah Tony, dia turut menjadi bahan jenaka orang ramai selepas kisah penipuan itu tersebar.
"Ramai ketawakan saya, tapi saya cuma lelaki yang mencari teman. Kesunyian bukan perkara main-main.
“Lepas ni, saya akan fikir dua kali sebelum beli barang dalam talian," ujarnya. - Agensi.