suria

Doktor hampir hilang sabar layan Gen Z, sihat walafiat tapi berani minta MC 3 hari! Makin geram dengar alasan budak sekolah

Tidak dinafikan ada segelintir pelajar menyalahgunakan MC kerana enggan hadir ke sekolah. -Gambar hiasan

PERKONGSIAN kisah atau luahan mengenai penyalahgunaan cuti sakit (MC) dalam kalangan pekerja demi mengelak beban kerja sering dipaparkan di media sosial.

Namun rupa-rupanya 'trend' tersebut turut menular dalam kalangan pelajar sekolah.

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang doktor berkongsi kisah pesakit remaja mengunjungi kliniknya untuk mendapatkan cuti sakit biarpun tidak menunjukkan simptom yang luar daripada kebiasaan. 

Justeru dia terpanggil untuk membuat teguran kerana bimbang trend berkenaan semakin menjadi-jadi dan dinormalisasi khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Hadir ke sekolah bukan sekadar rutin harian, tetapi satu bentuk tanggungjawab yang mencerminkan disiplin. -Gambar hiasan

"Hari ni betul-betul mencabar kesabaran apabila menghadap Gen Z. Dalam keadaan tengah demam dan perut memulas, memang tak mampu nak berbudi bahasa dah. 

"Seorang pelajar kolej vokasional umur 16 tahun datang ke klinik dengan simptom batuk dan selesema. Tiada demam. Merokok pula tu.

"Setelah diperiksa, tiada apa yang luar daripada kebiasaan. Vital signs normal, tekak normal, tonsils normal. Tapi dia boleh cakap... saya nak MC tiga hari tau," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih telefon klinik persoal MC staf, HR kena hamun dengan doktor! Betul-betul demam disuruh masuk ofis juga

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor terkedu lihat 'pesakit' baru datang klinik minta MC berselera makan di kedai, cepat betul sembuh - “Nak kayukan je rasa”

Geram dengan permintaan remaja tersebut, doktor berkenaan dengan tegas berkata dia tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan cuti sakit tanpa alasan kesihatan yang jelas.

Bagaimanapun ujarnya, remaja berkenaan tidak berputus asa dan merayu malah mengatakan terpaksa mengambil cuti sakit untuk menziarahi ibu saudaranya yang meninggal dunia.

"Kalau dah makcik meninggal, kenapa nak kena MC? Balik sajalah. Bagi surat kematian dekat sekolah. 

Simptom anak tak teruk pun, mak ayah minta cutikan anak sampai berhari-hari. 

DOKTOR

"Sanggup awak tunggu dekat klinik berjam-jam untuk dapatkan MC sebab nak balik tengok makcik meninggal," tulisnya mengimbas kembali situasi di kliniknya.

Ujar doktor itu, jawapannya membuatkan pesakit remaja tersebut terdiam kerana menyedari taktiknya gagal. 

Sekadar membuat perkongsian di media sosial, doktor tersebut berkata dia mahu menyampaikan mesej bahawa tugas seorang pelajar bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi mendidik diri menjadi insan berdisiplin dan jujur. 

Sebahagian daripada komen warga maya.

"Bukan seorang yang buat perangai macam ni. Bukan daripada kolej vokasional saja, malahan asrama penuh dan sekolah harian pun sama.

"Yang menyedihkan, simptom anak tak teruk pun, mak ayah minta cutikan anak sampai berhari-hari. 

"Sejak sekolah rendah dah dibiasakan macam tu. Jadi apabila dia membesar, perangai ni terbawa-bawa sampai ke alam pekerjaan," luahnya lagi.

Perkongsian doktor berkenaan sehingga kini meraih 463 shares di Facebook.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

OSZAR »