suria

Tak perlukan ‘sugar daddy’, Siti Hariesa pilih cari rezeki sendiri

Hariesa elak daripada melakukan perkara negatif seperti kehidupan ditaja lelaki kaya.

PELAKON Siti Hariesa menyangkal dakwaan kononnya dia ditaja lelaki kaya atau lebih dikenali sebagai ‘sugar daddy’ disebabkan kehidupannya yang dilihat serba mewah.

Mempunyai duit sendiri hasil titik peluh bekerja, Hariesa atau Siti Hariesa Muhammad Hanafi, 27, berkata, orang luar boleh membuat sebarang andaian, bagaimanapun hanya dia sahaja mengetahui perkara sebenar.

“Saya ada duit sendiri dan tak perlukan 'sugar daddy'.

Hariesa kerja keras raih pendapatan sendiri.

"Orang luar mungkin boleh bercakap macam-macam dan menuduh sesuka hati, tetapi saya tahu siapa diri saya.

"Saya sama sekali takkan terlibat dengan perkara negatif seperti itu,” katanya kepada mStar.

Hariesa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama pelakon drama Lambaian Huda di Opera Cafe and Lounge, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu Hariesa mengakui dia menerima banyak mesej daripada lelaki miang di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Hariesa jarang beli barang mewah, iPhone benda paling mahal pernah dimiliki

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Hariesa tunggu rezeki kahwin, belum jumpa waktu sesuai

Bagaimanapun kata Hariesa, dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan perkara itu dan memilih untuk menyekat akaun mereka.

“Tipulah kalau tak ada. Tetapi saya akan buat tak endah ataupun saya sekat sahaja akaun mereka,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Hariesa iaitu Lambaian Huda mendapat maklum balas positif penonton sejak mula ditayangkan di platform penstriman Viu pada 29 Mei lalu.

Selain Hariesa pelakon lain yang turut terlibat dalam naskhah berkenaan ialah Hisyam Hamid, Yuna Rahim, Elvina Chua, Fauzi Nawawi, Watie Sadali, Fendy Bakry dan Haidar Hasanudin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

OSZAR »