MENTAATI perintah ibu adalah satu kewajipan selagi mana ia tidak bercanggah dengan agama.
Menerusi satu hantaran, seorang pengguna media sosial berkongsi cerita mengenai lelaki yang mengalami kecelaruan identiti disebabkan terlalu mentaati ibunya.
Menurutnya, individu terbabit turut meluahkan keinginan untuk berubah sebagaimana fitrah asalnya.
Ramai yang mengimpikan keluarga bahagia. -Gambar hiasan AI
Namun dia bimbang jika tindakannya itu akan mengecewakan ibu yang dikasihinya.
“Maknya teringin nak anak perempuan, jadi dia didik abang ni untuk jadi macam perempuan sehinggalah anaknya berubah 100 peratus.
“Abang ni cerita sambil menangis sebab katanya dia nak berubah ke fitrah asal jadi lelaki, tapi takut maknya tak terima kalau dia berubah kepada lelaki semula,” kongsinya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa anak 1 dilabel pondan kerana pandai memasak, buat kerja rumah... Sedih fikir mulut orang - “Mungkin juga sebab saya suka K-pop”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak kisah bersuamikan lelaki nafsu songsang, tetap ‘bersama’ tapi ada syarat - “Aku tahu dia gay sejak awal lagi”
Turut mengundang rasa sebak apabila ibunya seolah-olah menafikan fitrah anak yang dilahirkan sebagai lelaki kerana sering memuji kecantikan ‘tiruan’.
“Setiap kali abang ni balik rumah maknya, mak dia akan puji dia cantik sebab dah jadi transwoman,” tambahnya yang bersimpati dengan nasib individu terbabit.
Rasa nak terbalik dunia, mak ajar anak lelaki jadi perempuan... aku doakan semoga urusan kau kembali ke fitrah dipermudahkan.
WARGA MAYA
Dia yang sebak dengan situasi berkenaan turut mendoakan supaya urusan lelaki terbabit dipermudahkan manakala si ibu menerima hakikat yang sebenar.
Malah katanya, tanggungjawab sebagai seorang ibu adalah besar terutama melibatkan agama.
Tambahan pula apa yang dilakukan melanggar syariat Islam.
Netizen turut meluahkan rasa terkejut dengan situasi dialami lelaki terbabit.
“Ya Allah permudahkanlah urusan abang ni dan lembutkan hati maknya untuk terima hakikat bahawa anaknya seorang lelaki,” doanya untuk lelaki terbabit.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa terkejut kerana perubahan tersebut didorong oleh ibu sendiri.
“Bukan tanggungjawab seorang anak untuk penuhi cita-cita kedua ibu bapanya.
“Rasa nak terbalik dunia, mak ajar anak lelaki jadi perempuan. Aku doakan semoga urusan kau kembali ke fitrah dipermudahkan.
“Tak sangka ada mak ayah macam ni, kesiannya pada abang ni,” demikian reaksi netizen.