suria

Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu

Setiap hubungan percintaan pasti tidak terlepas berdepan ujian. -Gambar hiasan

DALAM sesebuah hubungan cinta, restu ibu bapa sering kali dianggap sebagai kunci kepada kebahagiaan dan keberkatan rumah tangga.

Namun tidak semua cinta yang terjalin mudah memperoleh 'lampu hijau' daripada keluarga, khususnya apabila membabitkan soal latar belakang, gaya hidup dan sebagainya.

Itulah yang sedang dilalui seorang lelaki yang kini dihimpit dilema antara cintanya terhadap seorang wanita dan ketaatan kepada ibu.

"Dah dua tahun bercinta dengan teman wanita. Tiba-tiba mak aku tak berkenan orang Kelantan pula," tulisnya di dalam satu hantaran di media sosial.

Ramai yang masih mementingkan restu keluarga sebelum mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

Menurut lelaki berusia 30 tahun yang enggan mendedahkan identiti diri itu, dia tidak menyangka hubungan cinta dengan wanita pilihannya itu mendapat tentangan hanya disebabkan faktor kenegerian.

Tidak menjelaskan dengan spesifik alasan yang diberikan ibunya, namun jejaka tersebut keberatan mahu memutuskan hubungan dengan kekasihnya itu apatah lagi menyifatkan wanita berkenaan terlalu istimewa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Belum sempat masuk bilik temu duga, calon kena ‘reject’ sebab asal Kelantan... Bakal bos terjerit-jerit marah ejen cari kerja!

ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak jumpa 2 isteri di Kelantan, lelaki kahwin 3 tagih ihsan belikan tiket kapal terbang - “Saya terlalu rindukan bini-bini lain” 

"Saya tak fikir akan berjumpa dengan insan sesempurna dia lagi-lagi zaman sekarang. Dia ada sejak aku susah lagi.

"Kalau aku kahwin je, berdosa ke lawan cakap mak?" luahnya sambal meminta pandangan daripada warga maya.

Percayalah, berkenan belum tentu berkat, tak restu belum tentu binasa. 

NETIZEN

Di ruangan komen, warga maya tampil memberi reaksi bercampur dengan segelintir daripada mereka berpendapat lelaki tersebut wajar mengutamakan restu ibu.

"Dengar je cakap mak kau. Syurga bawah kaki ibu.

"Orang kata hanya perempuan kenal perempuan. Jadilah anak soleh, tanya dia apa yang mak nampak... yang saya tak nampak," komen netizen.

Pandangan yang diutarakan netizen.

Bagaimanapun, sebahagian yang lain pula berpandangan restu ibu bukan syarat untuk seseorang bahagia dalam perkahwinan.

"Syarat sah kahwin bukan restu parents pun, selama ni orang kahwin dapat restu parents tak cerai ke? 

"Asalkan pasangan baik, tak perlu risau restu ibu bapa. Percayalah, berkenan belum tentu berkat, tak restu belum tentu binasa.

"Kau yang nak kahwin ke mak kau? Nak pilih pasangan pun ikut mak, nanti dah kahwin mak juga ke nak atur benda dalam hal rumah tangga kau? Alahai," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

OSZAR »