PENYANYI Datuk Nora Ariffin memberi amaran kepada individu tidak bertanggungjawab untuk berhenti menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.
Nora atau Wan Norafiza Wan Ariffin, 52, berkata, dakwaan dia mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital adalah tidak benar.
“Tolong abaikan. Tolong hentikan. Alhamdulillah saya baik-baik sahaja,” katanya ringkas.
Nora menegaskan dirinya dalam keadaan baik.
Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.
Dalam hantaran tersebut, Nora berkongsi sebuah poster yang memaparkan foto dia dan suami iaitu Dr Rushdi Ramli.
Menerusi poster berkenaan tertulis Rushdi memohon orang ramai untuk mendoakan Nora kerana telah dikejarkan ke hospital.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perancangan tarik balik permohonan cerai, Nora serah kepada mahkamah buat keputusan
ARTIKEL BERKAITAN: Sedar kelemahan sendiri, Nora Ariffin spontan luah seronok suami tak mahu cerai
Dalam pada itu, Nora memberitahu sudah banyak iklan palsu yang berkait dengan dirinya telah disebarkan di media sosial.
Tegas Nora, semua iklan yang dikongsi itu adalah tidak benar.
“Dah banyak kali keluar gambar iklan ini, mengarut,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube